Pages

Saturday 31 December 2011

Mengimbau kenangan silam di bumi Glasgow



Bismillahirrahmanirrahim... Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Diam tak diam, dah lebih tiga tahun sy bermastautin disini.  Terlalu cepat rasanya masa berlalu, dan terlalu byk pula perubahan yg mendadak sepanjang 3 tahun ini. Teringat masa mula2 smpai pada tanggal 19 Sept 2008, sepatah haram bahasa scottish tak fhm.. Tu la, masa kat malaysia berlagak, konon mcm pndai sgt ckp omputeh, smpai sini, hambikkk.. haha~ Tp loghat org glasgow mmg sgt lain, boleh la diumpamakan macam bahasa org KL dgn bahasa org Kelantan.. Setiap kali masuk kelas mesti tertido, merdu sgt suara lecturer kat depan walaupun tak fhm sepatah apa mereka merepek.. huhu. dan akibatnya, ada la beberapa subjek jugak yg ter'kantoi' disitu.. Sistem pembelajaran kat sini pn satu hal, amik degree accounting, masa tahun pertama sini, tak jumpa sedigit angka pn, hebat tak? no wonder kat sini Accounting bukan lagi dalam Bachelor Science (Bsc), tp dalam Bachelor Art (BA) sbb sepanjang kat sini belajar byk sgt philosophy, contoh mcm ada satu subject tu nama dia "Acccounting Classic". bila sebut classic dlm kepala ingat "oo nnt belajar mcmana org dulu buat kira-kira.." haha bila belajar, ambik ko, kene lagi..nk tau apa content nye? "Accounting contribution during holocaust", "Accounting mis-used during Iraq War", "Accounting and Thanatocarcy".. haaa~ pening. Pengsan kejap****




Ok bangun balik...
Tak lama pas pening2 nk serasikan diri dgn sistem belajar kat sini, sy pn cuba2 men'friendly'kan diri dgn org2 kat sini, konon-konon nnt apa2 hal senang nk mintak tulun apa2kn.. Bila da ramai sikit kengkawan, masa summer2009 tu pun dptlah keje. Mula2 terasa lega giler sbb tau majikan tu org Islam, dlm hati "ni mesti best, takyah la susah2 nk explain apa2". Tp Allah maha tau apa yg terbaik utk kita semua. Ini boleh la dikatakan ujian kedua (yg first- fail beberapa subject masa exam), yg agak besar jgk.. Kerja yg sy dapat n diberitahu masa interview ada menjadi receptionist hotel.. Tp bila start kerja, dia suro jadi semua, sy lah jaga kaunter, sylah masak breakfast, sy lah kene kemas bilik jgk.. Yg msk bfast tu yg tak boleh belah tu, ada ke pakcik/makcik pakistan (owner hotel tu), suro sy masak pork.. Ringan je rasa mulut masa tu nk tnya diorang "anda ni bukan Islam ke?". tak cukup lg lepas suro buat mcm2, beberapa hari lepas tu suro pulak basuh baju dia, iron baju dia, angkat barang personal dia ke hulu ke hilir. Masa interview keje tu ingat lagi manager tu kata training 2 hari (n training tak ada gaji) then hari ketiga baru start full shift (24jam), setiap shift dia akan byr £45. Tp bila masuk hari ketiga kerja dia kata "u are slow, so u cant start ur shift yet." dah la training tu 9 jam sehari, tak berbayar. Training tu dia dragged pulak smpai hari ketujuh. Masa tu sabar lagi, sbb dok fikir klau ada duit lebih boleh hntr sikit kat mak ayah kt kmpg.. so kene la kuatkan semangat. Hari kelapan start keje yg sepatutnya last for 24 hours, dia dragged pulak smpai 28jam, tk bg tdo, tak bg haper.. Dalam hujan lebat suro buat keje 'personal' dia kat luar hotel.. Basah2 kuyup manager tu leh wat bodoh je, suro jgk buat keje.. Dah habis 28 jam tu dia pn bg £45 tu.. tp sy sgt bengang pada ketika itu, even hujan lebat yg mencurah2 tu pn tak mmpu menyejukkan hati yg menggelegak. Jadi sy pn berjalan ke bus stop nk amik bas bas balik, smbil berfikir apa nk buat ni ye, tak adil sungguh cara majikan sy melayan sy.. Sedang sy dok berfikir di bus stop tnpa memandang ke arah dtgnya bas, ttb org yg dok kat sebelah sy bgn dan lari dan memekik, belum sempat sy menoleh, ttb je sy dah terbang.. Bas (no 8) telah merempuh bus stop tersebut dan sy pun tercmpak dilanggar oleh bas berkenaan, sy okay je, tak la terbang jauh mana pun, sekaki dua je, hahaha. Tapi... (byknya tapi) disebabkan bumbung bus stop tersebut diperbuat drpd kaca tebal, bila bas tu reverse dia tak perasan kot yg kaca bumbung bas tu akan menghimpap sy, jadi tak pasal2 sy yang pada mulanya okay2 saje, bila bumbung bus stop tu himpap belakang sy terus sy berpinar. Dalam berpinar tu, sy nmpak bas sy dtg, jadi sy pun melarikan diri kearah bas sbb nk balik rumah sgt, n nk nangis byk2.. huhu T_T
Smpai je rumah, ada org call (kawan scottish sy yg juga seorang doktor perubatan, lelaki tp), sy lnts menceritakan kepada beliau. Dia pn dgn cemasnya bertanya "Pinch your calf/calves as hard as u can, do feel anything?" jawapannya: Numb.. i dont feel anything. Pastu dia pun ckp, u urgently need medical attention. Oh, tidak... mau tak mau pergi jgk la hospital 2-3 jam lepas tu.. sikit je sebenarnya, ada darah beku kat belakang tengkuk, tak kene operate pn, doctor tu bg injection n ubat, doctor tu ckp utk cairkan darah beku tu.. sy pn dok hospital kejap.. pastu bila dah kembali normal, sy pn disuroh pulang. Nasib baik hospital sini free, klau tak sape nk byr? Hari berikutnya sy pn menghubungi kawan yg jugak jiran sy (yg juga suami sy skrg, hehe). Lalu beliau pn meng'insist' sy menyaman majikan sy tersebut. So keluar masuk court la jgk... huh~ baru cerita pasal ujian kedua, dah tak larat nk menaip.. hehe~

Nntlah lenkali lah smbung ujian ke tiga, keempat, kelima, keenam, smpai kesebelas...

Dipendekkan cerita, 3 bulan selepas kejadian dilanggar bas, sy pun diijabkabulkan dgn suami sy.. Ramai kawan2 masa tu tergezut.. "wah, ko nk kawin dgn mat salleh?".. huhu~ sgt lah tak menyukai ayat itu.. Dgn siapa pn kita kawin, org itam, org putih, org coklat, org hijau, org biru, etc, tu tak penting, yg penting biarlah utk mencari redha Allah.. Ada sebab penting sy kawin di glasgow, bukan di Malaysia.. tp tu nnt lah sy cerita.
Masa sy kawin kat sini, ramai jgk org yg tuduh sy kawin lari, tak dpt restu mak ayah etc. Tp for the record, ayah sy sendiri yg memberi keizinan pd en suami utk menikahi sy. Husband sy ckp sndr dgn ayah sy dalam telefon, tak caya tanya ayah sy.. huhu. Masa sy nikah kali pertama (24 sept 2009) mengikut mazhab imam hanafi (mazhab yg digunapakai disini), sy pakai baju biasa je.. tak cntik pn... n tak ada sekeping gmbr masa sy nikah tu .. sedih tul.. tak ada org sudi tgkp gmbr masa tu.. Tp nikah tu mmg husband sy buat lawak tak kelakar lgsg lah.. Kami plan nk nikah on 26 sept dgn imam yg ditauliahkan oleh kerajaan malaysia, tp ada ke ttb petang 24/9 tu (hari khamis rasanya), ttb sheldon talipon dari tempat keje dgn berkata begini "You have to come to the Furqan Mosque today at 7.30pm, we will have our nikah with Shaykh Mustaqeem", mau tak rasa nk tercabut jntung.. kalau tak silap sy jwb begini "Im not gonna come, i dont want to marry you. Babai"--- letak talifon. haha~ jahat giler, saje wat dia tension. Tp sy dtg jugak malam tu tp pakai sempoi je la, blous pink, skirt hitam n selendang hitam.. Balun je lah.. haha.. Hasben sy siap pakai coat lg, sy selekeh je.. hmm.. tak best betull. Takpelah, dah lepas, tak leh nk wat apa..

Da kawin, ttb terus pregnant. Mula2 stress sgt, ye la, tahun critical masa tu (3rd year). Klau tak dapat grade above 60 utk semua subject, takkan dapat smbung 4th year (honors year). January exams masa third year tu mmg kat hospital tgh mabuk (hyperemesis), muntah darah etc. 2 bulan kot spend time kat hospital, makcik cleaner, pak guard, pakcik kebun tu sume dah kenal, haha.. ada satu paper je dpt amik masa january tu.. Masa May exam pulak tgh sarat (36 mggu/ 9 bulan pregnant), contraction pain every 20 minutes.. huh~ Tp kuatkan jgk la semangat, Alhmdulillah dapat amik semua paper (5 paper) dan alhmdulillah jgk 3 dari 5 exams tu dpt above 70%.. huuuu lega... So january exams lagi 2 paper yg tak dpt amik tu kene amik masa August. masa tu dok pk boleh la bg 110% masa august exam ni.. Tp as quoted earlier, Allah knows the best.. August exam tu bermula hnyalah selepas 2 minggu sy menjalani C-section semasa melahirkan sufia. Forced ceaserian sbb sufia tak mo keluar, syok sgt dok dlm perut. Dgn ada baby+ tahan sakit + masak sndr + kemas rumah basuh kain sendiri (sbb sheldon keje)+ study = entah kemana perginya. Tp Alhmdulillah, Allah tetap balas kesabaran n keperitan tu dgn sesuatu yg kita tak duga pn kdang2. Dapat result masa September, Alhmdulillah lg, sbb overall average mark/grade 62% just enough to go to 4th year i guess.

And now, am already graduated! Maha Suci Allah. Sungguh kejayaan itu bukan dari saya mahupun kepunyaan sy, tp Allah lah yg meminjamkannya kepada sy, supaya menjadi hamba yg bersyukur.

Ditmbh lg dgn hadiah yg tak ternilai harganya = Lahirnya Sufia Nafeesa Stokes sbgai penyeri n penghibur hati, terasa indahnya dunia ni.. Tp Sungguh dunia ini hnya lah persinggahan.. :( bekalan kesana masih belum cukup.

WallahuA'lam... 


Ni gmbr masa bulan pertama disini.. Tp gmbr ni diambil di Dundee -lebih kurang 2 jam dari glasgow. Masa ni muka penuh jerawat. Sume org pun takut nk kawan dgn sy.. uwaa.. T_T

Ni gmbr masa 3 hari sebelum kami diijab kabul. Masa ni pergi buka puasa kat rumah kawan, ttb ada request utk amik gmbr dgn bakal pengantin.. huhu

Ni la hanimun yg dah terlambat. Tu la wal2 kawin terus pregnant, mana dan nk kemana, ni masa dah hamil 7 bulan..
ni masa usia kandungan 36 minggu. Nk tau berat sy berapa masa ni? 45kg! slim kan?



ni la buah hati kesayangan saya..






Teka apa dalam yg kami berebutkan? haha~ eskem!
Ttb shaja sudah besar dan sudah naughty

Dan akhirnya.. sy pun graduate pada tanggal 18/11/11 :) syukur..

Thursday 29 December 2011

The Man...



Tears of joy

Bismillahirrahmanirrahim... In the Name of Allah the Most Gracious the Most Merciful..

Hard to believe that its been more than 2 years i married to this man, the man who used to preach about his faith whenever he could, the man who used to find room all the time to fight about my faith, the man who i dreamed few years before i even arrived in Glasgow, the man who always give hands to help when i got into trouble, the man who claimed that me and him have a lot in common when i found we are just like fish and bird who could never live together, the man who changed for the reason i never sure, the man who took his shahadah not long before Ramadhan, the man who fast the very next day after he become a Muslim, the man who made me cry when i saw him start preaching about Islam on the very first day of his Ramadhan in the mid day during summer when the fasting last for about 20 hours, the man that made me open my eyes about my roles as a Muslim, the man who made me realized a lot of things, the man who shed tears during our nikah, the man who always annoy me when he had nothing else to do, the man who always being patient when i went through a terrible sickness during my pregnancy, the man who always clean my vomit every day for 6 months without complaining anything even once, the man who sometimes hurt my feeling without knowing its hurt, the man who never forget to give me a kiss before he left to work, the man who is silly but never want to admit that, the man who always made me my favourite cold chocolate drink (nesquick) every now and then especially when i had a bad day at uni or at work or when i was studying for exam or finishing up my dissertation or assignment, the man who knows only to cook fried chicken, rice, omelette and french toast, the man who loves to buy something for me even its not needed, the man who sometimes lost in his 'game' world, the man who is the only man who can make me smile and cry at the same time,  the man who i believe is the only man that can stand with me and my bad temper,  the man who i believe will remain in my heart tomorrow and forever.. InshaAllah..
I never own this man even i married to him because he is owned by Allah. The least i can do is to say "Alhmdulillah, thank You Allah for lending me this man.."

Wednesday 28 December 2011

C.I.N.T.A & K.A.S.I.H S.A.Y.A.N.G

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan namaMu Ya Allah kumulai coretan ini.

Terlalu lama rasanya aku tidak melakar madah, tidak pula melukis bicara sedang hati ini meronta2 utk berkongsi pelbagai cerita. Tatkala aku menatap wajah sufia, hatiku berdetak sayu. Kebelakangan ini terlalu banyak video yg dipaparkan di laman facebook tentang kes pembuangan bayi di malaysia. Mungkin selama ini aku hanya merasa sedih melihat kekejaman manusia yg tiada sempadan. Tp kali ini perasaan yg berbaur terlalu aneh sekali. Setiap kali menonton video2 yg dipaparkan, kesemua bayi2 itu kelihatan mirip seperti sufia, menyebabkan terlalu murah dan laju air mataku mengalir. Sufia kudakap erat penuh kasih, sambil hatiku berdoa " ku serahkan anakku dalam peliharaanMu Ya Allah, sesungguhNya hanya Engkau yg Maha Berkuasa menjaganya setiap detik dan ketika sedang aku hanyalah selemah-lemah hamba".


Merenung sufia yg lena membuat dirku sentiasa rindu melihat cahaya di matanya memandangku. Tiba-tiba hati ini disayat pilu.. Dengan hanya melihat sufia yg lena, rinduku berbukit terhadapnya, entah bagaimana pula perasaan ibu terhadapku? Kelopak mataku kembali basah. Terlalu benar tidak ada perkataan yg mampu mengungkap makna tersirat disebalik kasih seorang ibu. Kini aku melaluinya, juga memahaminya. Kasihan ibu, pasti tidak pernah putus berdoa untukku. Sedang aku hanya sibuk dengan duniaku. Entah berapa kali dalam sehari aku mengingatinya. Doa yg kulafazkan dalam bahasa arab setiap kali selesai solat jarang sekali aku dalami maksudnya. Ya Allah, bertapa jahil hambaMu ini. Bertapa kejam diri ini. Ibu, kini aku mengerti, kasihmu bagai lautan tiada bertepi. Kerana, itu lah perasaanku pada sufia pada saat ini. Ampunkanlah aku wahai ibu.. Terlalu rindu aku akan pelukan eratmu juga kucupan kasihmu. Doaku agar Allah masih memberi keizinan untuk kita bertemu.


Mengenangkan cinta dan kasihku terhadap Sufia, kadangkala hati ini berasa bimbang. Bimbang kalau-kalau kasih dan cintaku terhadap dunia melebihi cintaku terhadap Allah dan akhirat. Bukankah anak itu juga satu ujian? Teringat akan hadith-hadith nabi s.a.w yg kerap kali dibacakan di radio I.K.I.M "cintailah sesiapa yg engkau kehendaki, tetapi ingat.. mereka akan pergi.." Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Aku mohon keampunan dan petunjukMu ya Allah. Janganlah Engkau biarkan kasihku terhadap suamiku, anakku, dan keluargaku merosakkan cintaku terhadapMu ya Allah. Hanya padaMu ku berserah Ya Allah, hanya padaMu..