Pages

Monday 22 October 2012

Sumpah Allah- Demi Masa

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Tengok tajuk kat atas tu mesti semua orang boleh teka apa yg sy nk share kali ni. Rasa terpanggil sangat nk share Tafsir Surah Al-Asr sbb Surah ni walaupun antara Surah paling pendek dlm Al-Quran, tp ramai ulama' berpendapat ini adalah antara Surah yg agak sukar untuk ditafsirkan as well as Surah Al-Kauthar. Kenapa susah nk tafsirkan? Sbb surah ni sangat pendek dan sangat umum, jadi luas sgt skopnya. Ok jom kita tgk ayat2 dalam surah ni (even mungkin ramai org dah hafal ayat2nya both in Arabic dan terjemahannya):

 وَالْعَصْرِ   
Demi Masa

إِنَّ الْإِنسَا َ ن َلفِي خُسْرٍ 
Sesungguhnya seluruh manusia berada didalam kerugian yg amat besar

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang2 yang beriman, DAN beramal soleh, DAN mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran (yang haq), DAN mereka yg berpesan-pesan kepada kesabaran.


First of All, Allah bersumpah, Demi Masa.. Wal-Asr.. Kenapa Allah bersumpah dgn masa? Apa signifikasinya? Lets look in depth. Pertamanya, bila kita nak membuktikan kita bercakap benar, dengan sungguh2 hati nk bagi org percaya (esp bila kita tak ada bukti lain), kita akan bersumpah dgn nama Allah kan? Contohnya kita akan cakap "Aku bersumpah dgn nama Allah, aku tak buat itu dan ini".. Objek kat sini adalah Allah, subjeknya adalah penafian yg aku tak buat itu dan ini, kan? Ok, dalam surah ni, bukan manusia yg bersumpah, bahkan Allah yg bersumpah! Kalau kita, kawan2 kita bersumpah, kita tend utk percaya cakap diorang kan? tp kat sini Allah yg bersumpah! Takkan la kita nk doubt sumpah Allah pulak kan? Apa subjeknya dalam ayat ni, objeknya kita dah tahu adalah masa, subjeknya? Subjeknya Allah nyatakan dalam ayat kedua, EVERY SINGLE human being is in a great loss!! Tu la subjeknya yg Allah mention kat dalam surah ni, yang bg sy sangat menakutkan. Saya akan kupas pasal Khusrin (Kerugian) dalam ayat 2 ni later on. 

Keduanya, kenapa Allah bersumpah dgn masa? Sebab MASA ini adalah witness (saksi) yang kita berada dalam kerugian yg besar. Kenapa sy ckp masa itu adalah saksi- sbb kalau kita boleh recall and pandang semula ke belakang, berapa banyak masa yg kita dah bazirkan untuk perkara yg tidak mendatangkan apa2 manfaat atau bahkan mungkin menyumbang dosa?- dan masa yg dah berlalu ni, kita tak mungkin akan dapat semula kan? Dan nanti on the day of judgment, MASA inilah yg akan membuktikan amalan2 yg telah kita lakukan di dunia, MASA inilah yg akan menjawab soalan2 Allah kelak pada hari kita dibangkitkan..

Kita tgk pulak penggunaan Al-Asr dari segi bahasa. Bagaimana sbnrnya masyarakat Arab guna perkataan Al Asr ni? Dalam mana2 terjemahan Al-Quran pun, kita akan dapati maksud Al-Asr ni adalah Masa.. tp dari segi penggunaannya, orang-orang arab guna perkataan Al-Asr ni bila masa dah kesuntukan, bila masa dah running out, bila masa dah tinggal sikit tapi masih terlalu banyak perkara yang belum di uruskan..  Kalau kita tgk dalam solat pun ada solat Asar kan? which more less the same meaning as this Surah. Solat Asar biasanya bila? pukul berapa? Ambil contoh kat Malaysia lah senang sebab waktu Asar kat Malaysia constant sikit berbanding di UK ni, which is antara pukul 4.30ptg ke pkl 7mlm kan? Maksud sy kat sini, waktu Asar adalah waktu dimana siang is running out, siang dah suntuk, siang dah nak sampai ke penghujung. Dan waktu inilah biasanya waktu paling sibuk sekali- rush hour! Nak proof? Kalau kita pegi KL waktu Asar ni lah waktu paling menyeksakan kalau kita drive, kan? Sebab kita boleh stuck dalam trafic jam sampai kadang2 boleh tertinggal pun Solat Asar sebab tersangkut dalam trafic. So bila nak letakkan surah ni dalam konteks sebenarnya kat sini Allah bersumpah bahawa masa yg kita ada di dunia sangat suntuk dan sangat sikit dan is running out kalau nak compare dengan masa yg akan kita lalui di akhirat nanti, sebab masa dekat akhirat nanti tiada penghujung. Ingat tak lagu Circle of Life dalam Lion King 'its more to see than can ever be seen, more TO DO than can ever BE DONE'... hehe~ even dalam lagu ni pn ckp its too much to do than can ever be done sebab SUNTUKnya masa yang kita ada di dunia ni.. 

Ok, jom kita relate pulak dgn ayat ke dua, di mana Allah berfirman "Sesungguhnya seluruh (Al insaan- menunjukkan seluruh, bukan sikit manusia, bukan sebahagian manusia, tapi keseluruhan manusia, every single human being) berada dalam kerugian yg sgt besar (Khusr). Klau kita perasan ayat kedua dalam Surah ni, Allah byk emphasize, Allah banyak guna kata2 penegasan: Inna, Al-Insan, Lafii, Khusrin. 

Inna, dari segi bahasa, maksudnya bukan setakat 'Sesunguhnya', tp Allah guna perkataan Inna ni juga untuk remove doubt dalam hati manusia, untuk meyakinkan hati manusia. Dalam Ayat 2 ni, kenapa Allah guna Innal-Insan(verily, everyone is in  great loss), kenapa Allah tak guna InnaNaas (Verily, people are in a great loss)? Cuba bayangkan, kita tengah dengar lecture kat dalam kelas sambil main sms, pastu lecturer tu ckp kat satu kelas "Please make sure your mobile phone is off." pastu kita pun pandang orang lain kan, tgk org lain ada tak yang main sms jgk, kalau ada, kita pun tak bother sangat nk turn off handset kita. Betul tak? Cuba lecturer tu ckp "Rashidah, turn off your mobile phone!", off course lah kita pun terperanjat and terkulat2 dan terus je turn off handset kan? Tu la sebabnya dalam ayat ni Allah guna Al-Insaan, bukan An-Naas, sebab Allah nak specific kan, Every Single one of us is in a tremendous loss, supaya kita dapat rasa Allah tujukan betul2 tepat2 kat muka kita, supaya kita boleh bertindak dengan segera, sebab TIME IS RUNNING OUT. Perkataan last dalam ayat ni adalah Khusrin خُسْرٍ Allah tak guna perakataan Khasarah (rugi), tp Allah guna perkataan Khusrin, dgn tanween pada huruf Ro. Sebab Khusrin ni maksudnya bukan setakat rugi, bahkan kerugian yg teramat sangat besar - the ultimate loss! So kalau kita tergolong dalam golongan orang2 yang tersangat rugi ni, agak2nya dimana tempat kita di akhirat nanti? Dan macam mana nak pastikan kita TAK tergolong dalam golongan ni? Ni lah yang Alah jawab dalam ayat ke 3.

Ada 4 syarat yang Allah tetapkan supaya kita tak tergolong di kalangan orang2 yang mendapat kerugian yang sangat besar dalam ayat 3 which are: Aamanu, wa amilus-solihat, wa tawa saubil haq, wa tawa saubis-sabr. Ok, Allah guna perkataan WA which means DAN, BUKAN atau! Untuk kita selamat pada hari pembalasan nanti, kita kene fulfill all of these 4 conditions, bukan separuh2 je, bukan salah satu je, tapi SEMUA. Surah ni adalah tentang macam mana nak escape/elakkan dari masuk neraka, tentang macam mana nak selamatkan diri. Kalau kita tengok kebanyakan ayat2 dalam surah lain, contohnya At-Teen ayat 1-6:
[1] Demi buah Tiin dan Zaitun,

[2]Dan Gunung Tursina,

[3] Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -

[4] Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

[5] Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

[6] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

Bila tgk terjemahan surah At-teen diatas, Allah cakap pasal kalau seseorang menyalahgunakan umur yang Allah berikan, Allah akan kembalikan orang tersebut ke serendah-rendah peringkat KECUALI orang2 yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka beroleh pahala yang tidak putus2. Perasan tak persamaan Ayat Allah dalam surah At-Teen ni dgn Surah Al-Asr? Cuba tgk Ayat 6 Surah At-Teen ni, Allah cakap 'kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh,..' sama kan dgn ayat 3 surah Al-Asr, TAPI dalam Al-Asr Allah tak mention pun pasal balasan untuk orang2 yang beriman, beramal soleh, berpesan2 kpd kebenaran dan kesabaran, sedangkan dalam Surah At-Teen, Allah mention pasal reward which is mereka akan beroleh pahala yang tidak putus2. Kenapa agaknya Allah tak mention pun tentang reward dalam surah Al-Asr? Sebab Surah Al-Asr ni menunjukkan survival state, kita kene lepas survival state ni dulu, barulah boleh dapat reward. Jadi surah ni nak menunjukkan kita kene laksanakan 4 syarat ni dulu untuk elak jadi orang2 yang rugi, lepas terlaksana 4 conditions ni, baru lah boleh cakap tentang reward, pahala, balasan syurga etc. Life example yang saya boleh bagi misalnya masa sy belajar degree dulu, untuk masuk 4th year (honors year), sy kena dapatkan lowest average mark of 60% for each subject. So masa tahun 3, selagi sy tak dapat average mark of 60% ni, saya takkan boleh pun fikir tajuk apa nak buat utk research dissertation tahun 4, jauh sekali nak fikir pasal target nak dapatkan 1st class or 2nd class honour, sebab sy tak survive pun lagi tahun 3 saya. Dan survival state yang Allah mention dalam surah ni is far more critical than ever, sebab involve akhirat- tempat tinggal kita yang abadi! Ok, jom kita tengok each of these 4 conditions that Allah has put in order for us to avoid having a great loss. 

Syarat pertama dan kedua, beriman dan beramal soleh.. Apa maksud beriman ni sebenarnya? Macamana kita dengan pasti boleh menyatakan bahawa kita telah beriman? Dan perasan tak bila kita baca Quran, kita akan kerap jumpa perkataan 'beriman' dan 'beramal soleh' together (mcm dalam surah al-asr dan surah at-teen ni)? Beriman kepada Allah sebahagian dari maksudnya adalah percaya dengan sungguh2 hati. Bila kita cakap tentang rukun iman, semua org pun dah hafal, ada 6: percaya pd Allah, Malaikat, Rasul, Kitab2, hari akhirat, dan  qada' dan Qadar Allah. Percaya dgn sepenuh hati. Tapi cukupkah kalau kita hanya percaya? Especially bila kita nak percaya pada benda yang kita tak nampak, hampir semua perkara yang Rasulullah s.a.w list dalam rukun iman (Hadith 2, susunan Imam Nawawi) ni, kita bukan nampak pun, kan? Sebab tu dalam Quran kita akan selalu je jumpa bila Allah cakap pasal iman, Allah akan cakap juga pasal amal soleh. Iman tanpa amal, means nothing! Let see satu ayat dari quran yang Allah cakap pasal iman:

Sesungguhnya orang2 yang beriman (dgn sempurna) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, ia akan menjadikan hati mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Iaitu orang2 yang mendirikan sembahyang, dan mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka. 
Merekalah golongan yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga)

Dalam ayat diatas, Allah cakap orang yang beriman, akan GEMENTAR hatinya bila disebut nama Allah, dan Allah juga sebut, 'iaitu orang2 yang mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian dari harta mereka'. So percaya je tak cukup, mesti ada amalan yang membuktikan kepercayaan kita tu, macam dalam ayat kat atas amalan yang Allah sebut adalah solat dan menginfakkan harta. Dan jom kita tanya balik diri kita, sentiasa gementarkah hati kita bila disebut nama Allah? Kalau jawapannya kadang2 jer, layak tak kita nak mengaku kita beriman dengan sungguh2 hati? Jelas sangat kat sini, iman itu bukan setakat kepercayaan dalam hati, tapi juga mesti ada amalan yang membuktikan kepercayaan kita tu.. Orang yang betul2 percaya pada satu perkara, contohnya klau kita percaya bahawa kalau kita tak gosok gigi setiap hari, gigi akan rosak, berlubang dan sebagainya, so mesti lah kita gosok gigi hari2 kan? We believe in something, it always followed by action! Macam tu jugak dgn iman kepada Allah, once we truly believe in something, we will commit to it, live with it! If we dont, what does it mean? that means we are HYPOCRITE!!

Tu baru syarat pertama dan kedua. Syarat ke-tiga dan ke-empat, berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Bila Allah sebut berpesan2, maksudnya akan involve orang lain kan? Ayat ni adalah salah satu bukti, yang dalam Islam xada istilah baik sorang2. Sebab kalau kita tak laksanakan syarat ketiga dan keempat dalam ayat 3 ni, kita still takkan survive hell fire, kita still takkan dapat escape dari tergolong dalam golongan yang sangat rugi ni. Berpesan2 kepada kepada kebenaran dan kesabaran ni ada kesinambungannya dengan beriman dan beramal soleh. Tadi bila sy sebut maksud beriman tu adalah percaya dengan sunguh2 hati, benda yang kita percaya ni mestilah KEBENARAN kan? mestilah sesuatu yang benar kan? Kalau tak betul, macam mana kita nak percaya? So bila kita percaya ini adalah kebenaran, bila kita percaya dengan sungguh2 hati, Allah adalah Tuhan sekalian alam, percaya Nabi Muhammad adalah utusan Allah, apa yang patut kita buat selain ibadah2 khusus dalam rukun Islam? What usually a decent human being, or wise people will do when they discover the truth? Off course kita akan stick dengan kebenaran tu, beramal dengan kebenaran tu dan? Dan for sure kita kena speak out tentang kebenaran tu kan? Imbas balik zaman Nabi s.a.w dan nabi2 sebelumnya, kalau semua rasul2 Allah ni were to mind their own business, Islam tu tak mungkin akan sampai pada kita hari ni. Kalaulah Islam tu hanya setakat solat, puasa, zakat, haji, berzikir etc, mungkin kita takkan dapat nikmat Islam pada hari ini. 

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ Wahai Orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah serta berilah peringatan dan amaran

Ayat kat atas ni (Surah Al-Muddathir) adalah wahyu kedua yang Rasulullah terima (ada perbezaan pendapat ulama' tentang wahyu kedua sama ada surah Muddathir atau surah Muzammil), Allah menggesa rasulullah untuk bangun dan beri peringatan kepada umatnya, jadi ayat ni menunjukkan beriman dengan Allah itu perlu untuk kita sampaikan kebenaran ini pada orang lain, perlu untuk kita bangun dan peringatkan orang lain.Tapi ramai antara kita tak berani pun bersuara tentang kebenaran ini, betul tak? Cuba kita tengok keadaan sekarang ni, orang muslim terbalik dengan non-muslim. Selalunya non-muslim, bila mereka discover something that they perceived to be the truth, mereka pulak yang lebih confident dari orang Islam sendiri untuk speak out dan sebarkan ideologi mereka, sedangkan orang Islam ada banyak advantage dari orang bukan Islam, sebab kita ada Allah, sebab agama kita adalah satu-satunya agama yang benar, kalau kita fikir balik, macam mana orang2 yang tak beriman dengan Allah ni pula yang lebih confident dari kita? so, kita kena muhasabah semula iman dalam hati kita.... that was one part of berpesan2 kepada kebenaran. Apa kaitannya dengan berpesan2 kepada kesabaran? Dalam menyampaikan the TRUTH ni, memang takkan mudah, sedangkan rasulullah sendiri tak mampu untuk convince orang yang sangat menyayangi rasulullah, Abu Talib. Kalau kita susuri semula sirah Rasulullah, berapa banyak dugaan besar yang Rasulullah kena hadap untuk sampaikan kebenaran ini? Sebab tu dalam Surah Al-Asr ni Allah sebut tentang berpesan-pesan kepada kebenaran DAN KESABARAN. Menyampaikan kebenaran ni, perlukan juga kesabaran yang bukan sedikit. 

2 syarat terakhir untuk elakkan diri dari menjadi orang2 yang mendapat kerugian, yang Allah nyatakan dalam Surah Al-Asr ni- berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran, membuktikan our survival is really2 depend on each other, betul tak? Sebab kita kena sampaikan (berpesan2) kebenaran dan kesabaran tu pada orang lain, kita tak boleh simpan kebenaran tu sorang2 kita je, kena bagitau kat orang lain. Ok, cuba bayangkan kita bersama kawan2 kita, atau ahli keluarga kita dalam rumah, tangan kita semua terikat antara satu sama lain. Semua yang ada bersama kita pada masa tu semua tengah tidur lena, hanya kita je yang terjaga bila kita nampak rumah kita sedang terbakar. Apa yang kita kena buat untuk survive? First benda yang kita kena buat ialah kejutkan semua orang yang ada dengan kita pada masa tu (sebab tangan kita semua terikat antara satu sama lain), sebab kalau mereka semua tak bangun, dengan kita2 sekali akan terbakar sebab kita tak boleh lari sendirian. Kita perlukan semua mereka untuk bangun dan lari selamatkan diri bersama kita. Macam tu lah sebenarnya perumpamaan dalam surah ni. Perlu sangat untuk kita kejutkan orang lain disekeliling kita, supaya kita semua pun akan selamat dari menjadi golongan yang mendapat kerugian yang sangat2 besar.

Ayuh, Jom kita sekurang2nya cuba untuk kejutkan orang lain yang sedang lena, supaya kita semua terselamat!

Wallahu A'lam


Sumber rujukan: Lecture from Bro Nouman Ali Khan, Tafsir Fizilalil Quran-Sayyid Qutb, Himpunan Ilmu dan Hikmah-Ibnu Rajab Al-Hambali












Monday 15 October 2012

Kekalkan kami di jalan ini Ya Allah....

بسم الله الرحمن الرحيم 
In the Name Of Allah the most Gracious, the Most Merciful

Dah lama sgt tak menulis di blog ni. Terlalu payah rasanya mencari dan mencuri masa utk menulis.

Alhamdulillah, kini sy telah pun pulang ke pangkuan suami di Glasgow, setelah 2 bulan terpisah atas desakan kerja di London. Menitis air mata keharuan melihat Sufia Nafeesa seperti tidak puas bermanja dgn ayahnya, seolah2 risau kami akan terpisah lagi. Maafkan ummi sayang, mudah2han Allah tidak akan menguji kita dgn perpisahan lagi. 

2 bulan berpisah dgn suami adalah pengalaman yg sukar, byk perkara yg terpaksa diuruskan sendiri. Paling sukar, adalah bila berdepan dgn Sufia yg sering melihat ke luar tingkap sambil melaung "Dadddyyyyy!!!", faham benar Sufia terlalu rindukan daddy. Dan syukur tak terhingga, berkat doa suami dan keluara mungkin, Deloitte London bersetuju memindahkan saya ke Glasgow office walaupun telah termaktub di dalam agreement berpindah office sebelum genap 18 bulan bekerja adalah tidak dibenarnya. Maha Suci Allah yg merancang hanya yang terbaik untuk hamba2Nya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, AllahuAkbar, "Nikmat Allah yg mana lagi yang kamu dustakan?"

Namun, menetap di London bersama akhwat2 (pelajar2 perempuan malaysia yang sedang bercuti summer), membuat hati ini kembali basah dan segar, seperti dedaun tandus dipadang pasir, hati saya ketika itu lebih parah. Pulangnya akhwat2 Glasgow yg sering memberi makanan dan menyiram ruhani hati ini ke tanah air sungguh memberi kesan mendalam. Beberapa ketika, sy seolah2 lupa tujuan sy diciptakan:

 وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Tidak Aku jadikan manusia dan jin selain untuk beribadah kepadaKu (Az-Dzaariyat:56)
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. 

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.. begitu mudah sy terleka dgn dunia sehingga lupa akan ayat2 Allah, lupa akan seruanNya. Mungkin itulah perancangan Allah, membawa sy ke London, agar sy kembali menyambung tugasan2 as His servant, menyambung wasiat Rasulullah menegakkan kembali Islam dimuka bumi, membina semula batu-bata yg beratus tahun telah dimusnahkan agar kembali menjadi bangunan yg tersergam, menjadi Ustaziatul 'Alam, biarpun bangunan tersebut tidak akn sempat utk sy melihatnya sendiri, tp cukup bermakna buat sy sekiranya sy mampu menambah susun batu-bata yg kecil itu satu persatu sebelum nafas terhenti.

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya