Pages

Monday 9 January 2012

Some of works that i usually do when sufia is asleep..

Bismillah, In The Name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..

These are few things that i really 2 love to make when i dont have much things to do: Making cards! :)
I made this card for my manager who left us last week. She will be in New Zealand in the next few days i guess. Nice working with you Caroline, have a safe journey home! :)



Oh, i just made this last night, spent about couple hours. It was for my beloved sister (naqibah), kak Mimi who just finished her Doctorate in Aerospace engineering (if i'v not mistaken) recently. Many congratulation to you sis. I'm very proud of you 



I made this ages ago, i think it was before i came to Glasgow. It was for my cousin who i love the most. 


All three pictures above were the inside of the card. The idea to make the 'flipped' strawbery was fro from one of my best frien, Intan Nur Atiqah. She gave me one card when we were 16 and there was a 'flipped' love inside the card. :)




And finally, my english calligraphy! Love to learn more about calligraphy hand writing!

Saturday 7 January 2012

Musibah yang sedikit dan Nikmat yang tak terhitung.. Bhgn 1

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Lama rasanya tak menulis. Sampai rumah lepas habis kerja biasanya dah pukul 11.30 mlm, n balik2 je mesti rindu kat sufia. Walaupun dia dah tdur suka gatal nk kejutkan dia.. Maha Suci Allah, indah sungguh perasaan menjadi seorang ibu, sentiasa rasa diperlukan. Sufia pulak senang je terjaga bila kene kiss dgn ummi.. Yang paling indah setiap kali sufia celikkan mata dari tidur, bila nampak je ummi terus senyum dan rangkul leher ummi kuat2. MashaAllah, tak ada perkataan yg mampu mengungkap benak rasa pada masa tu. Sy pernah lah jgk rasa bosan jadi seorang 'isteri' (wah, kejam nye statement ni) tapi belum pernah ada sehari yg terasa bosan menjadi seorang ibu. Bukanlah suami sy membosankan ke apa ke, cuma biasa lah, ada byk perkara yg sebagai perempuan, kita tak boleh nk fhm apa yg suami (lelaki) kita buat dan fikirkan, dan sama jgk dengan lelaki. Ada byk je benda pada perempuan yg tak dapat difahami langsung oleh lelaki.
Dah lama teringin nak tulis pasal tajuk entry kali ni dgn harapan boleh menjadi manfaat pada org lain.. Apa yg sy cerita dalam entry ni bukan lah apa2 pun, cuma sekadar berkongsi pengalaman. Kali ini sy nk kongsi beberapa pengalaman sy lalui semasa di Kolej. Sebelum tu, maafkanlah sy kalau ada siapa2 yg pernah belajar bersama sy di kolej yg tersinggung bila terbaca entry ni. Bukan itu niat sy..
Lepas dapat keputusan SPM yg sgtlah mengecewakan, akhirnya sy diterima belajar di Kolej Professional Mara Melaka pada Julai 2004 dalam jurusan Keusahawanan. Tak byk perkara sgt sy ingat pada semester pertama di KPMM. Lepas dpt keputusan exam semester 1, sy mengambil keputusan utk bertukar ke jurusan perakaunan sbb sy sgtlah tak berminat dalam bidang keusahawanan (sy mmg tak suka meniaga kot, klau sy la yg meniaga, guarantee bnkrupt, sbb sume benda klau boleh sy nk bg free kat org.. hehe). Alhamdulillah, dpt tukar course, tetapi.... sy tidak akan diberi elaun bulanan. Sbnrnya sy tak dibenarkan tukar kos sbb entrepreneurship dan accounting bukan dari satu cabang yg sama. Jadi sbgai syarat kalau sy betul2 nk tukar kos, sy kene dpatkan pointer yg lebih tinggi pada exam sem 1 (accounting) dari exam sem 1  entrepreneurship (pointer sy masa tu 3.67). Klau sy gagal, sy mungkin tidak akan diberi apa2 elaun lagi selepas tu.. Jadi masa sem1 dlm kos accounting tu mmg sy study maut la. Risau kalau tak dapat elaun sbb sy bukan lah dari keluraga berada.. Dan Alhamdulillah, bila dapat result sem1 masa tu sy dpt straight As (pointer 4.00). Syukur sgt, sbb sy sebenarnya tak ada basic account masa sekolah menengah dan english sy sgt lah teruk. KPMM mmg fully english, so mula2 tu sy agak nervous jgk. Masuk sem 2 pointer sy jatuh sikit (3.94 klau tak silap) tp sy tak lah rasa kecewa sgt. Bg sy klau dpt pointer 3.75 keatas tu dah bersyukur sgt2 dah. Sbnrnya sy ada aim la utk grad dgn pointer lebih dari 3.75 sbb itu syarat utk dapatkan Anugerah Kecemerlangan Mara. Masa 1st sem sy kt kpmm sy ada join urusetia konvokesyen, jadi bila tgk kakak2 yg dpt AKM dan dapat bawak mak ayah dorang naik pentas, menitik air mata sy. Sy mmg berazam sgt2 utk bawak mak ayah sy naik pentas satu hari nnt. Sbb tu lah agaknya sy belajar tak kenal siang malam. Sy kerap sgt stay-up, smpaikan bila hari yg sy tak stay-up pn org nmpak sy stay-up.. huhu. Tp bila masuk semester 3 (remarkable and unforgettable semester i suppose), byk sgt ujian. Smpai sy rasa tak mampu pun nk berdiri dan berhadapan dgn org... Masa awal2 semester3 tu, semua mcm ok je. Sy ramai je kawan2. Biasanya budak perempuan kelas sy, bila ada test or exam, dorang akan dtg rumah sy dan stay up n study sama2 dgn sy. So senanglah klau ada apa2 yg dorang tak fhm or sy tak fhm, kitorang boleh discuss sama2. Tiba pertengahan semester 3 tu, ntah mcamana agaknya sy pun dah tak bolah nk ingat.. Byk sgt fitnah ttg sy yg tiba2 jd hebahan. Sedar tak sedar, 3 org dari rakan sebilik sy (yg jgk kawan2 sekelas) pindah bilik lain. Dan bila sy masuk kelas, klau sy duduk row belah kanan, tak akan ada budak perempuan lain yg akan duduk satu row dgn sy (let alone nk dok sebelah sy). Alhamdulillah masa tu sy masih ada kawan yg setia menjadi shbt sy. Ada 3 org pelajar lelaki dan 2 org kawan sibilik yg sgt rapat dgn sy masa tu, dan smpai hari ni sy sgt bersyukur sbb ada mereka pada masa tu. Klau tak sy tak tau lah apa akan jadi pada sy n pelajaran sy, sbb sy sgt2 down.. Bayangkan sy bukan shj dipulaukan oleh kawan2 sekelas atau kawan2 yg tak rapat dgn sy, tp sahabat baik sy sendiri (yg sy anggap mcm darah daging sy) jgk berhenti bertegur sapa dgn sy tnpa sbb2 yg boleh diterima akal. Setiap hari sepanjang semester 3 tu (or infact smpai hari ni), sy tertanya2 kat mana silapnya. Sampai satu tahap sy hampir dibuang dari Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Kolej (atas sbb fitnah ini), yg akhirnya sy terpaksa menarik diri (masa tu sy bendahari, dan bila sy cuba nak kutip duit, ada berapa org je yg sudi berckp dgn sy). Sy tak mungkin akan lupa masa perjumpaan terakhir JPA3, yg meeting tu hnya dibuat semata2 utk discuss hal sy (yg sy terpaksa tinggalkan usrah utk dtg meeting ni). Sy tak mungkin lupa wajah bengis setiap org yg hadir malam tersebut (hnya sorang je yg senyum kat sy mlm tu, iaitu ex-bf sy). Sy akan sentiasa ingat macamana org mencarut kat sy depan semua org yg ada kat situ (including junior2 sy) dan ada org yg emosional smpai nk baling kerusi kat sy, dan ada pulak org yg ckp nk hntr hantu kat sy.. Smpai hari ni, sy masih lg menangis bila teringat hal ni. Sy pndang sahabat baik sy masa tu, dia jeling pndg tmpt lain. Lebih parah bila dia pn bangun memberi kenyataan 'against' sy. Mlm selepas meeting tu, sy tak boleh tidur dan tak leh nk study, sy tak boleh berhenti menangis pun. Macam kebiasaan malam2 yg lain, bila sy tak leh tido sy pun bgn buat solat sunnat, minta Allah kuatkan hati sy, even masa tu sy tak ada keyakinan pn utk angkat muka dan pndg siapa2 pn.Tak lama lepas meeting tu dan tak lama sebelum exam sem 3 bermula, sy pun jatuh sakit. Malu sgt nk cerita pasal sakit ni.. Apa yg sy rasa masa tu, sy rasa ada benda menggelegak dlm perut sy (atau lebih tepat dlm rahim). Ada cecair keluar dari rahim sy yg buat kulit sy melecur. Sy pergi hospital Melaka masa tu, buat scan dan swab. Sy ingat ada 13 jenis bacteria (kuman) dlm rahim sy yg dtg dari ntah mana2. Doktor yg rawat sy masa tu pun tak ada jawapan apa punca sebenar sakit sy masa tu. Doktor bg ubat tidur, sbb sakit sy tu buat tak boleh tidur. Tp sbb masa tu minggu exam, tak tau lah nk describe macam mana struggle nya sy dgn study dan dalam masa yg sama menahan sakit yg tak tertanggung. 2 minggu sakit tu tak berkurang sikitpun even after doktor bg anti-biotic. Satu malam (2-3 hari sblm exam berakhir) sy mimpi ada org dtg kat sy (mcm org arab) dan tnya sy sama ada sy masih amalkan Bismillah 5 dan ayat2 penangkis sihir, dan org tu ajarkan ajarkan sy beberapa ayat yg perlu amalkan. Bila bgn dari mimpi tu sy cepat2 cari Quran dan cari ayat yg org dlm mimpi sy tu suruh baca. Setiap kali sy makan dan minum sy baca ayat2 tu dulu. Masa hari terakhir exam, lebih kurang 2 jam sebelum exam start, sy rasa sakit sgt dan rasa mcm ada benda tajam keluar (mcm strong period pain), sy pergi toilet. Alangkah terkejutnya (terasa mcm nk pengsan masa tu), yg keluar tu adalah serpihan kaca dan pasir bercampur darah. MasyaAllah sy tak tahu nk decsribe perasaan sy masa tu. Allah lah sebaik2 pelindung. Dan lepas dari tu sy rasa lega yg amat sgt. Sy boleh kira berapa jam sgt sy dapat tidur sebelum tu menahan sakit. Dan syukur yg amat sgt bila dapat keputusan exam masa tu. Sy ingatkan sy takkan dpt maintain pointer, tp Alhmdulillah, Allah knows the best. Pointer sy naik sikit dari 3.94 ke 3.97.
Habis semester 3, sy berdebar sgt masa dftr msk sem 4, risau sgt2 klau sy dpat serumah (sebenarnya asrama tp mcm asramanya macam rumah teres) dgn org yg sgt benci kat sy, risau tak dpt serumah dgn 2 org sahabat yg tak pernah tinggalkan sy. Tp Alhmdulillah, kami dapat serumah dan ada 3 lagi junior yg serumah dgn sy masa tu. Sy ingat masa akhir semester 3 tu masa dah dekat nk exam, ada la kawan2 sekelas sy mula bertegur sapa semula dgn sy, dan sy ingat sy sempat mengulangkaji bersama dgn dorang.. So masa sem4 tak lah teruk sgt, cuma masa tu mak sy tak berapa sihat. Sy jugak ada masalah lain dan akhirnya sy mohon pindah ke KPM Beranang. Malam terakhir sy di Melaka, sy panggil semua pelajar perempuan batch sy, sbnrnya sy nk minta maaf n nk tau sgt2 kenapa sy dibenci.Sy bukan lah apa,tp klau betul sy byk buat slah,sy nk sgt2 betulkan diri sy, dan tak nak bawak perangai yg org benci tu ke tempat lain. Tp mlm tu sgt suram, takada org nk bersuara bila sy tnya seorang demi seorang. Dan ada beberapa org menangis. Dan akhirnya kami semua bersalaman dan berpelukan smbil meminta maaf antara satu sama lain.Syg, hnya pada malam last sy di Melaka sy dapat memperbaiki hubungan dgn budak2 batch sy (which i wish i could do something before that). Apapn sy tetap bersyukur sbb ianya berakhir dgn baik..
Tp perjalanan hidup sbgai pelajar di Beranang, tak lah jauh beza dari Melaka. Sy jugak dipulaukan oleh kawan2 sekelas masa di Beranang. Ah.. hidup ni tak lekang dari ujian betul tak? Sbb ujian2 yg kita lalui tu lah yg mematangkan kita semua. Tak byk kenangan yg sy simpan di Beranang, tp bersyukur sgt berkenalan dgn kawan2 seperti Suwaibah, Farhana, Liza(eija), dan yg lain2 yg anggap sy kawan sbb tak ramai pun org yg nk kawan dgn sy masa tu. Sy ingat masa pendaftaran sem 5 utk pilih kelas, even house mate sy pn tak nak sekelas dgn sy. Sy jugak ingat mcmana menyampahnya muka kebanyakan ex-classmate sy yg memang tak nak sgt2 sekelas dgn sy. Akhirnya sbb sy sedar diri, sy masuk kelas B (iaitu kelas yg tak ada seorang perempuan pn) melainkan senior2 yg repeat paper atau yg sewaktu dgnnya. Sy ingat masa fisrt time masuk kelas ETR, lecturer sy En Shahrul Azlan, dia pndang sy dgn wajah confuse smbil bertanya 'Awak salah masuk kelas ke'. Nk nangis pun ada masa tu, nmpak sgt tak ada org nk kawan dgn sy.. Tp disebalik semua tu... hmmm byk sgt hikmahnya.. Bila sy masuk kelas yg ramai senior, kat situ lah sy kenal kawan2 yg betul2 kawan, yg value kita sbgai kawan. Alhmdulillah, smpai hari ni sy boleh tersenyum kenangkan telatah kawan2 sekelas masa sem 5 tu, kawan gembira dan kawan berduka. Tak ada istilah aku lebih pandai dari kau, or kau lagi pndai dari aku. Tak fhm masa belajar discuss sama2. :) Apa yg terkilan sikit masa kat Beranang, hajat sy utk bwk parents naik pentas tu tak tercapai. Kat beranang bukan semua pelajar yg dapat Anugerah Mara dpt bwk mak ayah, KPMB pilih sorang shj jadi best student dan org tu je boleh bawak parents naik pentas. Dan ternyata sy tak terpilih walau pun cgpa sy masa tu 3.95, jauh lg tinggi dari pelajar yg dipilih (nangis tak leh berhenti masa konvo tu, tak tgkp gmbr pun, sbb ada ura2 alasan yg diberikan adalah sbb sy pindah dari melaka, bukan student asal KPMB- dianak tiri kan rupanya). Walau bagaimanapun, sy tetap bersyukur, bukan anugerah tu yg penting kan? yg penting sy dapat menyenangkan hati mak ayah sy, dapat mengukir senyum di wajah mereka, dapat melakar bahagia di hati mereka. Dan segala nikmat yg sy perolehi hari ini jauh sgt terlalu byk jika dibandingkan dgn ujian yg sy lalui. Allah tu sgt sweet, sbb dia selalu je bg surprise kat kita, surprise yg kita kadang2 takkan terfikir pn. Contohnya, sy tak pernah berangan smbung belajar kat UK, SPM pun ada 2 subjek je yg dapat A, jgnlah nk mimpi pergi oversea pulak. tp bukan je sy dapat smpai sini, bhkan bertemu jodoh pulak dkt sini, dan diam tak diam, hari ini sy ada suami dan sufia di sisi, 2 insan yg sy tak pernah terlintas difikiran akan sy miliki (oopss, mereka bukan milik sy, tp milik Allah, hnyalah dipinjamkan kepada sy).
Untuk mereka yg terlibat dlm cerita diatas (utk watak yg tak berapa baik tu), maafkanlah.. tiada niat utk menyinggung. Tp kalian perlu tahu, tnpa kalian hadir dalam hidup sy, tak mungkin sy akan jadi setabah Rasyidah pada hari ini, tak mungkin sy kenal erti getir dan sabar. Dan mungkin jgk sy tidak akan dapat nikmat yg melimpah ruah pada hari ini. Sy sgt percaya, mmg itu yg Allah aturkan, untuk sy dan kalian sama2 mengambil iktibar. Utk sahabat baik di KPMM, Siti Aishah Abdul Manaf, ketahuilah sy syg kamu sgt2, apa yg pernah jadi pada masa lepas adalah utk kita sama muhasabah diri kita, maafkanlah andai ada apa2 yg melukaimu, tidak ada secebis niat pun untuk menyakitimu, yg ada hnyalah pautan kasih yg tak mungkin putus sehingga hari ini. Bertapa aku bersyukur kita kembali bersama menyambung ukhuwah yg hampir2 terputus.:')
Untuk kalian yg sentiasa disisi sy ketika susah dan senang di KPMM dan KPMB (Hisysam Jokiram, Abdul Hadi, Hafiz,Ilyani, Syazana, Arwah Kak Azie, Kak Wan,Kak Asilah, Ain Izzi, Kak Muniratul Layali, Abg Razman, Eija, akmal, Farhana, Asma, Suwaibah, Aimi Nadia dan semua yg pernah menyokong sy dan mendoakan sy) Hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian, dan hanya doa yg mampu sy iringi utk kalian. Ketahuilah, kalian sgt bermakna dalam hidup sy dan sy syg kalian sgt2.

Semoga kita sama2 dalam rahmat dan kasih syg Allah..
Wallahu A'lam..