Pages

Monday 15 October 2012

Kekalkan kami di jalan ini Ya Allah....

بسم الله الرحمن الرحيم 
In the Name Of Allah the most Gracious, the Most Merciful

Dah lama sgt tak menulis di blog ni. Terlalu payah rasanya mencari dan mencuri masa utk menulis.

Alhamdulillah, kini sy telah pun pulang ke pangkuan suami di Glasgow, setelah 2 bulan terpisah atas desakan kerja di London. Menitis air mata keharuan melihat Sufia Nafeesa seperti tidak puas bermanja dgn ayahnya, seolah2 risau kami akan terpisah lagi. Maafkan ummi sayang, mudah2han Allah tidak akan menguji kita dgn perpisahan lagi. 

2 bulan berpisah dgn suami adalah pengalaman yg sukar, byk perkara yg terpaksa diuruskan sendiri. Paling sukar, adalah bila berdepan dgn Sufia yg sering melihat ke luar tingkap sambil melaung "Dadddyyyyy!!!", faham benar Sufia terlalu rindukan daddy. Dan syukur tak terhingga, berkat doa suami dan keluara mungkin, Deloitte London bersetuju memindahkan saya ke Glasgow office walaupun telah termaktub di dalam agreement berpindah office sebelum genap 18 bulan bekerja adalah tidak dibenarnya. Maha Suci Allah yg merancang hanya yang terbaik untuk hamba2Nya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, AllahuAkbar, "Nikmat Allah yg mana lagi yang kamu dustakan?"

Namun, menetap di London bersama akhwat2 (pelajar2 perempuan malaysia yang sedang bercuti summer), membuat hati ini kembali basah dan segar, seperti dedaun tandus dipadang pasir, hati saya ketika itu lebih parah. Pulangnya akhwat2 Glasgow yg sering memberi makanan dan menyiram ruhani hati ini ke tanah air sungguh memberi kesan mendalam. Beberapa ketika, sy seolah2 lupa tujuan sy diciptakan:

 وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Tidak Aku jadikan manusia dan jin selain untuk beribadah kepadaKu (Az-Dzaariyat:56)
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. 

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.. begitu mudah sy terleka dgn dunia sehingga lupa akan ayat2 Allah, lupa akan seruanNya. Mungkin itulah perancangan Allah, membawa sy ke London, agar sy kembali menyambung tugasan2 as His servant, menyambung wasiat Rasulullah menegakkan kembali Islam dimuka bumi, membina semula batu-bata yg beratus tahun telah dimusnahkan agar kembali menjadi bangunan yg tersergam, menjadi Ustaziatul 'Alam, biarpun bangunan tersebut tidak akn sempat utk sy melihatnya sendiri, tp cukup bermakna buat sy sekiranya sy mampu menambah susun batu-bata yg kecil itu satu persatu sebelum nafas terhenti.

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

1 comments:

Unknown said...

Dan alhamdulillah, I was once there, menyaksikan akak dan mereka, bersusah payah dalam memburu redha Allah, walaupun sehari dua cuma..

=)

Post a Comment